Laptops specialist, Review, Tutorials, News, Tips dan Tricks.

Recent Posts

BAIKPULIH MASALAH LAPTOP HP / COMPAQ - PRIMARY INTERNAL BATTERY (601 / 602) ERROR & TAK BOLEH POWER-ON GUNA BATERI

Jika korang terkena masalah error Primary (internal) Battery (601) ini menandakan bateri Laptop korang telah alami masalah dan perlu ditukar baru.

  1. Jika error Primary (internal) Battery (601) terpapar pada skrin laptop korang, ia bermaksud yang kapasiti (internal) bateri primary kurang 25% dari kapasiti original bateri. Nombor “601” ini adalah associated error code yang di record pada system log BIOS.
  2. Jika error adalah Secondary (external) Battery (602) terpapar pada skrin laptop korang, ia bermaksud yang kapasiti (external) secondary bateri kurang 25% dari kapasiti original bateri. Nombor “602” ini adalah associated error code yang di record pada system log BIOS.
601 = Primary notebook bateri- Bateri besar yang membekalkan Voltan ketika Laptop tidak menggunakan AC adapter Charger.Jangan keliru mengangap ia adalah CMOS bateri.

602 = Secondary notebook bateri jika Laptop mempunyai 2nd (backup/reserve) bateri. Bukan CMOS battery.

Kegunaan CMOS bateri adalah untuk sistem Motherboard menyimpan Masa dan Tarikh yang betul dan mengelakkan  Masa dan Tarikh tidak di reset pada angka default.

Jika korang mendapat errors (601) atau (602) ini, menunjukkan yang bateri utama Laptop menunjukkan ada kerosakkan dan penyelesaiannya adalah dengan menukar bateri baru jika korang hendak menggunakan Laptop secara mobile.

    MASALAH
    Tetapi bagaimana jika Laptop LAPTOP HP / COMPAQ  G42 / CQ42 ini pada mulanya mengeluarkan error  PRIMARY INTERNAL BATTERY (601) dan selepas itu langsung tidak boleh Power-On dengan menggunakan bateri.

    Laptop masih boleh Power-On menggunakan Adapter Charger, tetapi bateri langsung tidak dapat dikenali oleh sistem Motherboard.


    Masalah masih sama walaupun dengan menggunakan bateri yang baru.


    Gambar Contoh

    TROUBLESHOOTING

    Ada beberapa cara untuk mencari punca masalah ini iaitu, dengan menggunakan cara:
    1. Pengujian Bateri yang bermasalah dengan menggunakan BIOS F2 System Diagnostics Lihat Sini dan Lihat Sini
    2. Pengujian Bateri yang bermasalah dengan menggunakan HP batery test Untuk Win2k/XP & Win7/Win8
    3. Uji dengan Bateri baru.
    Tetapi jika semua yag aku sebutkan telah dibuat dan tak berjaya, masalah adalah dari bahagian I.C charging Motherboard Laptop yang telah rosak.Komponen yang aku sebutkan itu perlu di tukar baru.

    Laptop telah di test dan berada didalam keadaan baik dan sempurna.
    Jika berminat nak baiki  masalah Bateri pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




    0 comments:

    Post a Comment

    BAIKPULIH MASALAH LAPTOP HP / COMPAQ - PRIMARY INTERNAL BATTERY (601 / 602) ERROR & TAK BOLEH POWER-ON GUNA BATERI