MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4310 ini, Laptop lansung tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.Kebanyakkan kedai itu tak dapat selesaikan masalah ini dab menyatakan yang motherboard Laptopnya telah rosak serta perlu di ganti baru yang kosnya antara rm400-500.. ada pula kedai menyatakan yang kerosakkan terjadi pada bahagian chipset dan power I.C serta meminta kos pembaikkan yang tinggi.
Jadi dia cari alternative lain dan pos laptopnya ke Wangsa Maju untuk dibaiki.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON ini, ada beberapa komponen yang perlu diperiksa terlebih dahulu, sebelum menyatakan apa komponen yang rosak.
Hanya cara Flash atau program balik I.C BIOS secara manual menggunakan EEPROM Programmer boleh menyelesaikan masalah ini, jika sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
- Bios I.C
- Motherboard Power Komponen contohnya I.C / Diode / Mosfet
- Motherboard Chipset
Hanya cara Flash atau program balik I.C BIOS secara manual menggunakan EEPROM Programmer boleh menyelesaikan masalah ini, jika sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
Laptop ACER ASPIRE 4310 ini juga ada masalah pada bahagian riben LCD, kerana jika Laptop LCD berada dalam keadaan tertentu, video LCD akan bergoyang.
Masalah ini aku selesaikan dengan menyelit sekeping plastik nipis di bahagian conector kabel LCD.
Masalah ACER ASPIRE 4310 ini berjaya diselesaikan selepas i.c BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.
Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
3 comments:
Nk tnya toshiba satellite tiada power bila cucuk kabel charger socket...
kalo repair komponen kat board tu biasenye ambik masa brape lame andaikata komponen dekat board yang rosak?
Post a Comment